Thursday 29 December 2011

Not truly Donashi.



Assalamualaikum W.B.T.

Senyum dan bersyukur. :) Alhamdulillah, musim sejuk sekarang. Dapat makan buah strawbabies! Polyphagia and polyuria pun ada. Bukan Diabetes Mellitus. Keadaan normal satu musim sejuk. Walaupun polyphagia, rasa nak makan banyak, namun entah mengapa tekak ana semakin memilih. Ada kala nak makan ayam. Ada kala tak nak makan ayam, tetapi nak sangat makan telur goreng.

Fadhilah ada post entry tentang potato berkentucky. Wahhh. Nampak sedap! Mahu cuba, jika ALLAH S.W.T. izinkan. Kena tengok almari makanan la, masih adakah lagi serbuk Kentucky. Memang badan macam dipam-pamlah nanti. Punah plan diet makanan sihat and seimbang. :D

Minggu sebelumnya, ana ada masakkan burger Malaysia to my husband. Dohnya ambil resepi donat. Basicnya ialah sebiji donat kecil. Bukan donat berlubang tengah tu. Donat yang macam Donashi. Dekat Big Apple.

Gambar sumbangan domocakes.blogspot.com.

Here's are the Donashi's! Sedap sangat. Ana buat bentuk bulat, bukan petak. Murah and senang and cepat siap :) Lets start. (Resepi asal; 1001 resepi)

Bahan-bahan:

1) 2 cawan tepung naik sendiri.

2) 1 teaspoon garam.

3) 1/3 cawan butter.

4) 3/4 cawan susu segar.

Cara-cara:

1) Satukan tepung dan garam di dalam mangkuk.

2) Masukkan butter and gaul sampai tiada ketulan besar. Sampai halus mulus.

3) Masukkan susu segar.

4) Uli sampai siap. Jangan terlebih uli.

5) Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Minyak pun sikit je.

6) Ambil doh and bentukkan macam cookies and goreng. Buat saiz kiut-kiut ^^


Finish! Senang je kan. Daripada basic donat ini, anda boleh variety kan ikut cita rasa masing-masing :)

Contoh;

1) Blend gula sampai halus and golek2 dalam gula.

2) Letak chocolate spread and buah-buahan yang dah dislice halus.

3) Belah di bahagian tengah and letakkan sambal bilis and timun. Jadi burger Malaysia :)

4) Buat macam Donashi.


Alhamdulillah, my husband like it :) InsyaALLAH, nak try dish lain pula. Menambahkan ilmu.

Wallahu A'lam.

Sunday 25 December 2011

Black Ants at Night.





Assalamualaikum W.B.T.

Dikisahkan dalam kitab Tanbihul Ghafilin oleh Al-Samarkandi, dari Ikrimah bahawa suatu ketika, seorang ahli ibadah melawati sebuah pohon. Dia tiba-tiba sangat marah kerana melihat orang berduyun-duyun menyembah pohon itu. Ia kembali ke rumahnya mengambil kapak dan kembali untuk menebang pohon itu.

Namun, dalam perjalanan ia dicegat Iblis yang melarangnya menebang pohon itu. Ia berkeras bahawa pohon itu harus ditebang, kerana merupakan penyebab kesyirikan, menduakan ALLAH S.W.T.. Namun Iblis terus mencegatnya hingga terjadi pergulatan. Dengan mudah ahli ibadah itu mengalahkan Iblis yang menyerupai manusia biasa. Kerana kalah, Iblis kemudian menawarkan dua dinar yang akan ditaruh di bawah bantal lelaki itu setiap harinya. Dia pun setuju.

Beberapa hari berikutnya, dia begitu menikmati dua dinar pemberian yang ditaruh di bawah bantalnya. Hingga pada hari kesekian, seperti biasanya, lelaki itu terbangun, namun kali ini ia tidak menemukan apa-apa yang di bawah bantalnya.“Kurang ajar, aku telah ditipu, sekarang aku akan menebang pohon itu,” seru abid geram.

Di jalan ia kembali, ditemui Iblis dalam bentuk manusia itu seraya lagi bertanya, “hendak kemanakah engkau?” Dengan masih marah, lelaki ahli ibadah itu menjawab, “aku akan menebang pohon yang disembah itu.” Iblis menukas, “engkau berbohong, bukan kerana itu engkau hendak menebangnya.”

Abid terus melangkah untuk menebang pohon yang disembah orang itu, sehingga Iblis itu marah dan membantingnya ke tana hlalu mencekiknya erat, seraya bertanya, "tahukah engkau, siapakah aku sebenarnya? Aku adalah Iblis! Engkau datang pertama kali hendak menebang pohon itu kerana semata membela ALLAH S.W.T. sehingga aku tidak mempunyai cara untuk mengalahkanmu. Lalu, aku perdaya engkau dengan dua dinar dan engkau tidak menebangnya. Kerana engkau sekarang datang kerana marah demi dua dinar itu maka aku dapat mengalahkanmu. Hanya dengan keikhlasan engkau dapat mengalahkanku.”

Cerita ini mesti dah biasa dengar kan? Pengajaran dan azam baru;

1) Ikhlas. Walaupun susah kena berusaha.
2) Menjadi hamba ALLAH S.W.T. secara full. Full time Muslim!
3) Mujahadah. Mujahadah.
4) Berakhlak seperti Rasulullah S.A.W..
5) Iblis dan sekutunya tidak akan berhenti.

Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'in.

Wallahu A'lam.

Saturday 17 December 2011

Siapa banyak kesalahan lidah? Jom sedekah. ^^

In The Name of ALLAH S.W.T.
The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamualaikum W.B.T.

Lama tak menulis. Bagaimanakah skill penulisan? Adakah sudah berkembang? :)

Apabila kita bangun tidur, dari saat kita berkata-kata, maka peliharalah lidah kita. Lidah yang bermuscles, yang boleh kita gerakkan sendiri, bukan autonomic. Lidah itu, sama ada berkata perkara baik atau perkara buruk. Boleh mengungkap berjuta perkataan. Dan bermain dengan bermacam perasaan manusia.

Berusalah untuk diam jika;

Jika bercakap, tendency untuk tercakap lebih sangat tinggi. Contohnya, bila orang teruja tengok Galaxy kita, lantas bertanya, berapa? Kita pun jawab dengan kembang kempis; RM 3000. Cash! Actually, harganya RM 2800. Bukankah itu satu penipuan?

Jika bercakap, tercakap kurang pula. Dalam keadaan mendapat diskaun, harga RM 40 jatuh jadi RM 26. Apabila rakan bertanya, kita pun cakap, RM 25. Sebab nak dengar rakan cakap, "Wahhh murahnya. Pandainya anti cari!" Itu pun penipuan juga.

Adapun helah, bukanlah penipuan, melainkan hendak mengelat, tanpa menipu. Dalam keadaan kita nak ke wayang, kita pun cakap dekat ibu bapa, nak pergi beli Kinokuniya. Ye, kita memang ke Kinokuya, hanya sekadar masuk dekat bahagian stationary and keluar dekat bahagian display books. Masa selebihnya, kita ke Golden Screen Cinema.

Study group DoTa.

Jika bercakap, tendency untuk menghina sangat tinggi. Apabila kawan kita tasmi' dan tiba-tiba dia tak ingat, kita pun cakap,"Anti ni tak murajaah ke? Juzu' depan-depan kot. Takkan dah lupa." Gelak-gelak sikit. Okay, blank tu boleh datang bila-bila masa. Ada hati yang terasa. Itu kuasa ALLAH S.W.T. "Apalah SR ni, tak buat kerja." Shoutmix MumtazBazz antara paling tak matang. Haha. Apabila anda menjadi ketua, baru anda merasa. Jika berbeza pendapat, kita raikan pendapat masing-masing. Jangan nak paksa orang terima pendapat kita. Yang tak banyak ilmu ini.

Jika bercakap, sangat suka untuk mengata apabila tuannya tiada, ghibah. "Ehh dia tu, mulut selalu berbau. Tak gosok gigi ke. Buat sakit hidung je." Ana paling kelakar dengan sifat mengumpat, mulut terherot berot mengata. Macam kaum perempuan bercakap tepi tangga. Terpecik saliva. Kih3. Tak malu ke?

Jika bercakap, hidung terlebih tinggi. Mempamerkan segala harta yang dia ada. Padahal, ada lagi yang lebih kaya daripadanya. Boleh pula nak senyap je. Takde nak kecoh-kecoh. Ada orang banyak simpanan, berjuta-juta, rumah biasa je, tak besar mana, Alhamdulillah, tak hutang. Beli kereta pun cash. Ada orang rumah besar, kereta banyak, tak berhutang juga, namun simpanan kurang banyak dari contoh pertama tadi. Orang pertama menyimpan, orang kedua membeli, hakikatnya sama banyak je duit. Kot kot ada gempa bumi, boleh bina banglo lagi satu. Ada orang harta banyak, 70% disumbangkan kepada Islam, 30% diambil kepada diri sendiri and keluarga. So, jangan berlagak sangat kawan-kawan.

Jika bercakap, jenis terlepas rahsia. Ooopss. Eh anti-anti, jangan cakap kat orang. Kejap lagi, kawan dia tercakap. Last sekali, dah jadi cycle. Kembali ke mulut asal. Sah-sah kena label mulut tempayan. Tidak amanah. Ana paling malu dengan dua label ini, mulut murai and mulut tempayan. Ana akan berusaha untuk menghindarinya. Kalau kawan ana cakap, ana ni orang mulut murai. Ana jadi segan. Berazam tak nak berkata-kata selama seminggu. Mulut tempayan lagi memalukan. Mari kita berusaha menjaga rahsia!

Jika anda tergolong dalam golongan ini, maka marilah kita berusaha untuk diam. Fal Yaqul Khairan Au Liyasmut. Pertama, cakaplah perkara yang baik. Kalau tak boleh bercakap benda baik. Pilihan kedua, diam.

Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan umatnya, supaya, siapa yang banyak mengutuk, menyumpah, untuk banyak beristighfar dan bersedekah.

Peringatan untuk ana terutamanya, dan kita semua yang terlupa.
Jom istighfar dan sedekah!

Wallahu A'lam.

Tuesday 6 December 2011

Nae Kkum




Assalamualaikum W.B.T.

Setakat 3 hari ini, ada 2 cerita touching. Akan ku ceritakan kisahnya, InsyaALLAH, di sini.

Namun, pertama. Ana amat berminat untuk mendalami bahasa asing. ^^ Setakat ini, tiga bahasa common, Alhamdulillah. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris and Bahasa Arab. Bahasa Arab ini, InsyaALLAH mustawa tinggi sikit. Haha. Hasil didikan Maahad Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar. Terima kasih sekolahku :)

Kita senang nak communicate apabila mengetahui banyak bahasa. Senang juga mahu mencari kerja. Lebih-lebih lagi, ana yang berimpi (bukan berangan yaa), perkataan impian lebih sedap dan meyakinkan, untuk membuka klinik Muslim di Korea. Hahaha. Okay, sila berikan pendapat. Kalau ana mempelajari bahasa tersebut, InsyaALLAH senang nak diterima bekerja, mungkin? Ada kelebihan di situ. Bagaimana, jika post-graduate di sana? Baikkah? Tak pernah lagi dengar ada orang ambil medic di Korea. Hehe.

Selain daripada membuka klinik, (of course, kena ada bisnes bersama), berbaik dengan jiran tetangga, tunjukkan akhlak seorang Muslimah, membuka sekolah Islam (kalau dah kaya sikit), restoran makanan Melayu.

Semua impian ini, bukankah memudahkan and satu bonus, jika kita sudah mempelajari bahasa Korea sejak daripada awal? Bahasa = basic untuk berkomunikasi. Lebih-lebih lagi, orang cepat teruja jika kita pandai cakap bahasanya. Contoh, orang Melayu cakap bahasa Cina, fasih. Banyak hubungan diplomatik di situ. Namun, perkara lain tidak patut dipandang enteng. Mahu berusaha untuk menjadi yang sempurna, jadikan Islam sebagai asas. Jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan. Jom. Jom berusaha!

Jadi, ada sesiapa mahu ajarkan bahasa Korea? Siap dengan tatabahasa sekali, bukan vocabulary sahaja. Sampai dah reti buat karangan. Hihi. Terima kasih in advance.

Korea tiada drama kedoktorankan? Macam Code Blue. Aizawa. Shiraishi. One Litre of Tears. Neurologist. Mizuno. Team Medical Dragon. Mister Brain. Studying about brain juga. Menyelesaikan jenayah. Suka tengok doktor-doktor yang tangkas itu. Cerita Jepun bersih sikit daripada cerita Inggeris.

Cerita touching satu.

Apakah perasaan anda yang sihat dan afiat, bebas daripada penyakit, tiba-tiba diberitahu anda hanya ada EMPAT hari untuk hidup kerana menghidapi penyakit serius. Yang hanya baru dapat didetect. Kawan-kawan, walaupun acute bunyinya seperti cute, walaupun ia antonim kepada chronic, acute membawa maksud kepada SUDDEN progress. Sangat cepat dan sangat cepat. Tidak hairan hanya 4 hari. Apa yang touching? Ana sangat terharu melihat betapa ramai yang mendoakan, yang menyolatkan, yang mengasihani, terlalu ramai! Orang baik memang begitu. Cemburu. Adakah kami nanti, begitu juga?

YA ALLAH, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman syurga.

Cerita touching dua.

Kami yang tidak berduit ini, kerosakan periuk nasi. Sudah bertanya kepada sahabat-sahabat, jika ada yang mahu menjual periuk nasi terpakai. Disebabkan tiada, kami pun masak manual. Atas api. Mula-mula memang nasi impit, dengan latihan, Alhamdulillah, seelok beras Basmati. Haha. Tiba-tiba, ada rakan ana yang sangat baik hati, belikan periuk nasi! Aduh, terkesima. Brand mahal. Jenis yang mahal. Mungkin baginya murah. Teringat kami yang berkira-kira mahu membeli. Iyalah, duit enggak ada. Dengan diri sendiri pun kedekut.

Semoga ALLAH S.W.T. memberkatimu :)

Graduan Muslimah. Bermula dari hari ini. InsyaALLAH.

Wallahu A'lam.